Pages

February 11, 2011

Gunting yg Gempak & Inovatif

Gunting adalah alatan yang sering kita gunakan sejak kecil lagi.  Kebanyakkan gunting biasanya sama sahaja dan hanya berbeza dari segi saiz dan warna. Untuk post kali ini kami ingin kongsikan gunting-gunting yang sangat cool, inovatif dan mempunyai banyak fungsi.

1) Bird Scissors

Bird Scissors
gunting burung.. hahaha
Gunting hasil ciptaan Hiroshi Kajimoto yang boleh berdiri dengan kaki sendiri. [sumber]

2) Laser Guided Scissors

Laser Guided Scissors
pergh siap ada laser tu.. hohoho
hahaha dengan adanya gunting dengan bantuan laser ni confirm hasil guntingan anda menjadi lurus. [sumber]

3) Salad Scissors

Salad Scissors
Salad Scissors
Dengan adanya gunting salad ni kerja-kerja memotong salad akan menjadi lebih mudah kononnya. [sumber]

4) Comfort Grip Scissors

Comfort Grip Scissors
Comfort Grip Scissors
Dengan adanya gunting ini, anda tidak akan terkehel jadi lagi bila nak memotong apa-apa. Kerja-kerja menggunting akan jadi mudah dan selesa katanya. [sumber]

5) Modern Scissors

Modern Scissors
Modern Scissors
Gunting yang menarik dicipta oleh Michael Antrobus. Apa yang membuatkan ia moden mungkin sebab takde langsung grip plastik pada gunting ni 100% stainless steel [sumber]

6) Seafood Scissors

Seafood Scissors
Seafood Scissors
Bilah yang berbentuk curve memudahkan operasi menyiang udang, ikan dan sebagainya. [sumber]

7) Pattern Edged Scissors

Pattern Edged Scissors
Pattern Edged Scissors
Gunting ini membantu usaha-usaha untuk menghasilkan produk-produk kreatif kot hahaha [sumber]

8) Double Scissors

Double Scissors
Double Scissors
Gunting yang ada 2 bilah atau 3 kot. Sirius aku tak tau apa kegunaan double scissor ni.. sekian terima kasih haha [sumber]
Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.

9) Herb Scissors

Herb Scissors
Herb Scissors
Gunting ni lagi otai, ada 5 bilah. Sangat sesuai untuk memotong serai, daung bawang, daun kunyit dan sehala jenis daun lagi. [sumber]

10) Giant Scissors

Giant Scissors
Giant Scissors
Gunting gergasi ini sangat sesuai digunakan ketika majlis perasmian yang ada potong-potong riben tu. Ye la majlis punya la besar buat kat hotel 5 bintang ape barang pakai gunting kecik. [sumber]

11) Finger Scissors

Finger Scissors
Finger Scissors
Gunting ni sangat style, letak kat jari je lepas tu boleh la start menggunting haha [sumber]

12) Measuring Tape Scissors

Measuring Tape Scissors
Measuring Tape Scissors
Gunting ni aku dah banyak kali jumpa, dalam gunting ada pita pengukur. Memastikan setiap hasil guntingan anda menurut ukuran yang sebenar. [sumber]

13) Shredder Scissors

Shredder Scissors
Shredder Scissors
Dokumen-dokumen sulit biasanya perlu di ‘shred’ (aku tak tau nak translate shred tu jadi ape haha) untuk mengelakkan maklumat rahsia terbongkar. Kepada syarikat-syarikat kecil yang tak mampu nak beli mesin shredder yang mahal gunting ini satu alternatif yang baik. [sumber]

14) Pizza Scissors

Pizza Scissors
Pizza Scissors
Gunting ni paling menarik minat aku, idea orang yang buat ini sangat bagus. Dengan adanya gunting ni piza boleh dipotong dan terus dihidangkan.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...