Pages

February 7, 2011

Bangku Kreatif & unik

Kali ini Adib ingin kongsikan beberapa koleksi bangku yang sangat unik, kreatif dan cool. Siapa yang kata tak cool dia memang pelik…

1) Spaghetti Bench

Spaghetti Bench
Spaghetti Bench
Jangan salah sangka, bangku ini tidak diperbuat daripada spageti hehehe. Tetapi kalau anda perasan bentuk bangku ini kelihatan seperti gumpalan spageti. Kalau tak perasan tu anggap je la macam ye. Bangku ini adalah hasil kreativiti Pablo Reinoso dari Argentina

2) Wolfgang Keyboard Bench

Wolfgang Keyboard Bench
Wolfgang Keyboard Bench
Jika dilihat dari jauh, tiada apa yang menarik dengan bangku ini. Tetapi pada hakikatnya, bangku ini telah dilekatkan dengan 2000 kekunci yang dicabut satu-persatu. Macam mana? Menarik bukan? Ia sangat sesuai untuk mereka yang geek dan tak boleh berenggang dengan keyboard hehehe.

3) Pencil Bench

Pencil Bench
Pencil Bench
Bangku ini dicipta menggunakan 1600 batang pensel. Apa yang lebih menariknya, setiap batang pensel boleh dicabut dan digunakan seperti biasa. Hohoho mujurlah aku ni pengguna tegar pilot super grip 0.7. Kalau tak rasanya sekejap je habis pensel ni semua

4) Shelves with a Bench

Shelves with a Bench
Shelves with a Bench
Shelves with a Bench ini dicipta oleh Stanislav Katz dari Latvia. Sangat unik, tiada lagi alasan takde tempat untuk membaca hohoho.

5) Tennis Ball Bench

Tennis Ball Bench
Tennis Ball Bench
Ya, bangku ini dibuat sepenuhnya dengan menggunakan bola tenis. Kepada peminat Roger Faderer atau Ryoma Echizen sila la dapatkan bangku ciptaan Tejo Remy dan René VeenHuizen dari Belanda ini

6) Pillow Bench

Pillow Bench
Pillow Bench
Bangku ini dicipta oleh The Mighty Bearcats dari Chicago sempena 2010 NeoCon. Tapi secara personal aku sangat rasa ciptaan ini tidak berguna selain daripada rupanya yang agak cool sahaja.
Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.

7) Letter Bench

Letter Bench
Letter Bench
Bangku ini terletak di salah sebuah hospital di Bristol.. (sila google sendiri kat mana Bristol). Ia dicipta berdasarkan poskad sebenar yang dikirimkan oleh bekas pesakit untuk menunjukkan kepada pesakit baru betapa bagusnya hospital berkenaan.. hahaha

8) Solar Bench

Solar Bench
Solar Bench
heheheh bangku ini bukan sahaja terdapat panel solar di atasnya, tetapi apa yang lebih menarik lagi, ia juga merupakan tempat wireless hot spot. Memang satu revolusi baru untuk bangku..

9) Muungano Bench

Muungano Bench
Muungano Bench
Bangku ini adalah hasil kreativiti Peter Thuvander sempena Conceptual Design Exhibition. Jika diperhatikan betul-betul, bangku ini membentuk perkataan Muungano yang bermaksud “union” atau kesatuan.

10) Treetrunk Bench

Treetrunk Bench
Treetrunk Bench
Bangku yang kreatif ini adalah hasil ciptaan Jurgen Bey.

11) Ribs Bench

Ribs Bench
Ribs Bench
Bangku ini dicipta ala-ala berbentuk macam rangka. Ia dicipta oleh Stefan Lie dari Sydney, Australia

12) Nail Bench

Nail Bench
Nail Bench
Bangku ini diperbuat daripada paku-paku lama yang diketuk dia atas kayu. Paku-paku ini kemudian dibengkokkan dan dikilatkan untuk menjadikan ia lebih menarik dan menawan. hasil kreativiti Jay-hyo Lee

13) Newspapers Bench

Newspapers Bench
Newspapers Bench
Pereka bangku ini, Charles Kaisin telah berjaya menukarkan timbunan surat khabar lama menjadi bangku yang unik dan agak tahan.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...